STATUS
TOING TOING SELAMAT DATANG AWAK ! ;)
Newer ENTRY ABOUT FRIENDS STUFFIE FACEBOOK TWITTER FOLLOW DASHBOARD Older
The '18' moments
Friday, February 19, 2016 - 0 SAID SOMETHING

Hai geng. 
Sihat dok semuanya?

Maklumlah sekarang ni ramai betul yang risau dek pelbagai jenis demam yang wujud sekarang ni. Ok that is so formal. Macam buat karangan pulak rasa. Hehu. Alright, ape ape pun ILA doakan kesihatan tubuh badan uolls okay? Yang penting, jaga makan dan rajin rajinlah bersenam ye. Tubuh badan cergas menjadikan segalanya sempurna, inshaAllah.

Alright, sebenarnya niat di hati nak post semalam - 19 Feb 16 tapi apakan daya otak ni tak teringat pulak. Semalam hari istimewa a.k.a bersejarah bagi ILA. Sebab? Sebab? Sebab? Semalam usia ILA telah menginjak ke angka 18. Yay! Yay! Yay!
 

Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana masih beri peluang kepada ILA bernafas hingga ke hari ini. Orang kata jangan lah happy sgt sebab baru angka 18 kut, belum masuk 3 angka lagi. Tu pun kalau sampai, tak semua berpeluang sambut hari jadi 3 angka tu. Ihiks.

Tapi walau macam mana pun, ILA tetap bersyukur dgn angka 18 tu. ILA tahu mati tu pasti. ILa tahu tu semua rancangan Allah. Hanya Yang Maha Esa berhak menentukan bila kita akan menghembuskan nafas terakhir, pada usia berapa kita berangkat ke alam roh. Tu semua rahsia Allah. Ops, ILA bukan berdakwah ye. Harap maklum. Ini hanya peringatan pada diri ILA sendiri dan kepada yg baca blog ILA *kalau ada yg baca. Ustazah selalu cakap bila kita sambut hari jadi tu kan, cuba beringat yang kalau kita naik satu tangga bermakna kita semakin pendek umur. Sebagai contoh, andai ditakdirkan kita hidup until 45 and now usia 18. Jadi, 45 - 18 = 27 bukan? Dalam masa 27 tu sempat ke nak bertaubat? Sempat ke bergelar Hajah / Haji? Sempat ke balas segala kebaikan dan pengorbanan mak ayah kepada kita? Itupun, kalau berpeluang hidup smpai 45, kalau lebih pendek? Tulah ustazah selalu cerita, bila hari jadi jangan suka sangat, selalu bersyukur dan beringat perkara ni. Tapi, bukanlah bermaksud takboleh happy sama sekali. Dude, its your day, pls fill it with your own precious moments! Just beringat sahaja. Dan always bersyukur for your 'umur' at that time. *macam broken english je. Ok whatever. Ini just perkongsian tau, jangan serius sangat.



So, apa jadi semalam? The answer is NOTHING. Hehe. Just some warm wishes from some friends and of course my family. Terima hakikat ILA dah besar gedabak ni mana ada hadiah dah. Hehehe. Takpelah yang penting dorang ingat. Itu paling berharga. Yelah kan, ILA sedar ILA ni bukan anak yg baik, bukan kawan yang baik, bukan kakak yg baik, bukan cucu yang baik tapi atleast ada juga yg sudi kawan dgn ILA ni. Ada jugak yg ingat walaupun wish macam nak tanak je. ILA hargai. Jangan risau. ILA tetap berterima kasih kepada yg wish terpaksa tu. Lewls. Dan of course, kepada yang ikhlas tu, ILA sangat sangat happy dan bersyukur sebab dikurniakan kawan yang baik mcm korang. Alhamdulillah. I love you guys! I also love those who pura pura jadi my friend tu! Dont worry ok. Terima kasih Allah sebab tunjuk kat ILA siapa kawan siapa lawan, siapa ikhlas siapa pura pura. Siapa care siapa tak care. Hehu.

Sampai sini jelah cerita, its supposed to be short post actually. Tapi tangan ni ringan je nak taip banyak banyak. Jadi baik stop sekarang nanti makin melalut pulak. Baiklah readers, ILA undur diri dulu. 

Assalamualaikum, tata ! Ihiks

Labels:




Posted by :

Post a Comment