STATUS
TOING TOING SELAMAT DATANG AWAK ! ;)
Newer ENTRY ABOUT FRIENDS STUFFIE FACEBOOK TWITTER FOLLOW DASHBOARD Older
Life
Wednesday, January 20, 2016 - 0 SAID SOMETHING


Assalamualaikum geng.
Tak jawab dosa.
Heehehehe.

Alright, as you guys can see post title bertajuk LIFE. Definisikan apa itu LIFE. Semua orang ada corak life masing masing. Ada yg kaya tu, of course corak life dorang berbeza, maybe full of kesenangan hidup. Yang sederhana, yang kurang berkemampuan, kanak-kanak, adults all ada thing yg sama called 'LIFE'



Ops, harap tak mengarut. ILA bukan nak cerita definisi LIFE sebenarnya dan ILA pun bukan lah orang yang suka jaga tepi kain orang lepastu dok jaja cerita kat orang. Post hari ni cuma for diri ILA and for those yg sudi nak baca kisah hidup ILA. So, why ILA tiba tiba bukak hati and open nak cerita kisah hidup pada korang? Mungkin waktu ILA mengarang ni, hati terdetik nak share pada semua tentang kisah ILA. Mungkin ada dalam kalangan pembaca setia, kehidupannya menarik, cool, abstrak, full of surprises? Who knows? Lewls, siapa je yang suka cerita diri sendiri. Hidup ILA sendiri macam mana? Well tak full of rainbows pun. Ada jugak macam orang lain sometimes HAPPY, sometimes UNHAPPY. Alahai, kehidupan siapa je yg sempurna kan? Ada jugak naik turun.
So siapa ILA?

ILA adalah anak kedua dalam family. Siblings semua terdiri daripada GIRLS SAHAJA. Adik beradik 3 orang. Kakak - lahir 1995 so sekarang umur 21 tahun. Dia belajar dekat kolej swasta di Melaka, nak jadi pharmacist and now tengah praktikal dekat hospital. InshaAllah penghujung bulan Februari dia akan habis praktikal and teruskan belajar course dia. Anak kedua, ILA lah - lahir 1998 so sekarang umur 18 tahun. Penganggur terhormat, sedang dalam proses mengambil lesen memandu, dan masih sabar menunggu keputusan SPM 2015 *dupdapdup. Anak last iaitu ketiga, Adik - lahir 2000 so now 16 years old. Form 4 dan tahun lepas telah mendapat keputusan yg cemerlang dalam PT3 2015. Cita cita nak jadi engineer.

Parents?
Abah dan ibu ILA berusia 48 tahun. Dorang sebaya, lahir 1968. Kini, abah kerja sebagai pengurus bank dan ibu bekerja sebagai kerani kilang. Pasangan yang sgt ILA adore. Susah senang dorang ILA nampak, ILA faham. Rasanya dorang dah kahwin selama 22 tahun, tak silap.

So, hows our LIFE?
Seperti yg ILA taip atas tu, abah kerja sebagai pengurus bank. Ibu ada cerita waktu dorang kahwin dlu, abah mmg hidup susah. Ibu pun susah. Dorg berdua belajar setakat tingkatan 6 je. Masa kahwin ibu cakap abah kerani bank. Ramai orang kampung cakap kalau abah tak kerja kerani bank wktu tu msti takde yg nak. Ibu tahu pilihan hati ibu. Ibu mmg tak pandang gaji ciput abah, badan keding abah, rupa paras abah, ibu hanya nampak hati abah. Tapi lama lama abah makin maju, abah berusaha. Abah mula naik pangkat satu satu. ILA ingat lagi waktu tu ibu pernah cerita abah pernah kejut ibu waktu tgh malam bila abah balik kerja semata mata nak tunjuk abah dah berjaya beli sebuah kereta untuk kami sekeluarga. Kereta Proton Saga warna merah. ILA ingat lagi kereta tu. No plat pun ingat muahaha. Makin lama abah maju, sejak abah naik pangkat banyak tempat dah abah pindah tempat kerja. Tapi abah sanggup ulang alik tempat kerja dgn rumah walaupun jauh. Tak sanggup tinggalkan kami agaknya. Ibu dari awal memang kerja kilang sampai lah hari ni. Abah pernah cakap ibu salah pilih kerja. Tapi, nak buat macam mana? Ibu belajar setakat mana je? Tapi kira ok dah tu. Sekarang gaji abah boleh support kami sekeluarga. Ibu boleh je berhenti bila bila masa, tapi ibu cakap ibu nak terus kerja sebab nk cari duit supaya duit tu sentiasa ade kat tangan. Like backup lah, saving sikit²
Ibu mmg anak yg solehah. Dari ILA kecik, ibu jaga mak ayah dia a.k.a atuk dan nenek ILA. Kami dulu bertujuh - atuk, nenek, abah, ibu dan kami bertiga adik beradik. Duduk rumah kayu ade dua bilik satu bilik air, kira jadilah tu. Bila abah dah mampu sikit², abah ajak pindah rumah lebih baik yg dinding bukan kayu dah. Taman perumahan, ada jiran tepi, depan, belakang. Dulu rumah kayu luas takde jiran sekarang ade jiran dah. Rumah sekarang ade 3 bilik, 2 bilik air kira cukuplah untuk kami semua. Ibu abah satu balik, kami bertiga satu bilik, atuk nenek satu bilik. Tapi sekarang dari bertujuh kami dah jadi berenam, nenek pergi dulu waktu ILA kecik lagi - not yet puberty tapi umur ILA waktu tu dah tahu mana dosa pahala baik buruk. Tinggallah atuk seorang dalam bilik tu.

Sekarang atuk dah sakit, ILA duduk rumah ni lah yg tolong tengok tengokkan atuk. Atuk ILA ni baran sebenarnya. Semua benda kena ikut cakap dia, semua ikut cara dia. Sekarang ILA lah yang kena tempias bila dia marah sebab tak ikut cara dia. So right now ILA lah yang buat kerja dekat rumah ni. Abah pulak sekarang dalam satu minggu hanya beberapa hari je ada kat rumah. Abah dah kerja jauh. Tak sanggup nak ulang alik dah. Pergi balik tempat kerja abah je dah makan RM200. Dunia pun dah makin susah dgn kehadiran GST. Abah tak snggup ulang alik jadi abah sewa rumah dekat dengan office dia. Tiap pagi weekdays, ILA akan bangun siapkan semua kerja, tengok ibu pergi kerja naik bas kilang, kakak pergi kerja bawak kereta, adik ILA pula kakak hantar pergi sekolah sebelum pergi kerja.

Orang nampak kami hidup senang tapi sebenarnya kami susah. Kami bertiga adik beradik tak macam budak zaman kini segala macam mintak mesti dapat. Kami hidup menabung, nak beli pun kena fikir dua tiga kali. Kebanyakkan brg rumah pun dapat free. Hutang abah banyak lagi tak selesai. Duit rumah, kereta, bil bil semua abah ibu bahagi so dorg sama rata bayar. Thats teamwork.
Abah pula ada hobi, dia ni suka main golf. Main golf ni ada baik buruk nya. Yang baiknya, kalau abah menang ade habuan or gifts. Kebanyakkan tournament golf menjanjikan gajet as gifts. So, kami bertiga ni selalu harapkan hadiah abah menang, for example now ILA use gajet free - abah dapat from his previous tournament. Tu ja. Kami mana ada duit beli gajet baru kat pasaran tu ha. Kami harapkan free hadiah tu je. Skill abah baik, dapatlah habuan. Kadang kadang hadiah dia brg rumah.
Yg buruknya pulak, bila abah addict main golf. Dunia abah semua pasal golf. Kehidupan kami bukan senang, duit pun susah nak cari. Boleh dikatakan 60% drpd gaji abah hanya for golf. Bagi kami, abah memang buang duit. Orang cakap golf permainan org kaya, kira siapa main golf status tinggi. Tapi tak bagi kami, golf tu buang duit je. Tapi siapa je kami nak halang abah drpd main golf? Abah tu pun baran. Silap langkah memang kena. Abah ni pun perokok tegar. So 20% drpd 60% di atas duitnya for rokok. Bengang! Tapi nak buat macam mana, abah mmg merokok since high school so susah nak tinggalkan.

Kawan ILA ramai kata ILA hidup senang tapi dorg taktahu ILA susah. ILA tak macam org lain boleh pakai barangan Apple, Giossardi lah. Brg ILA semua standard pasar malam. Tapi ILA tak kisah sbb ILA dah biasa. ILA sebenarnya selalu terasa sbb ILA nampak ibu selalu lebihkan kakak and abah selalu lebihkan adik. Cikgu dan kaunselor pernah cakap - waktu ILA sesi kaunseling dlu - " anak tengah memang susah nak dapat perhatian daripada parents, ibu akan cenderung kepada anak perempuan pertama sbb bagi seorang ibu, anak perempuan pertama precious, dan boleh diharap manakala seorang ayah akan cenderung kepada anak last sebab last tu termuda, tak byk pengalaman lagi." dari situ ILA terima hakikat, ILA kena selalu mengalah. ILA belajar untuk lebihkan orang lain, ILA belajar untuk pendam masalah, ILA belajar untuk tak susahkan org lain, ILA belajar untuk diam kalau tak puas hati, ILA belajar terima bila kakak adik lebih. Tapi still, masih ada yg kata ILA ni jahat. Huhu takpelah, mulut orang kita tak boleh tutup. Itu je ILA selalu fikir.

Kepada yg mybe ada yg senasib dgn ILA iaitu selalu diabaikan. ILA nak nasihat, biarlah kalau org tak nampak awak, yang penting usaha tu ada. Selalu usaha supaya parents nampak awak. Tak kisahlah dr segi sukan, kemahiran, pelajaran. Selalu perbaiki diri sendiri supaya parents nampak kemajuan kita. Jangan mengalah, mungkin mereka tak nampak disebabkan kekurangan kita sendiri. Jadi majukan lah diri sendiri. Korang mesti tahu, kasih sayang tu bukannya benda yg boleh dibahagi sama rata. Terserah pada orang lain nak sayang siapa lebih, takde salahnya. Tapi kalau dah terpinggir tu, perlahan lahan majukan diri okay? Kalau orang yg kita nak tu tak nmpk usaha kita, who knows orang lain nampak kan? And one more thing, ingat Allah selalu nampak kita luar dan dalan okay? Berserah dan redha sahaja, inshaAllah Dia Yang Maha Berkuasa tu dah susun kehidupan kite elok², kerana Dia jugalah yang sebenarnya tahu mana yang baik dan mana yg buruk pada hidup kita.
Sekian. Maaflah terpanjang lah pulak. Tak baca pun takpe, janji ILA dah rasa ringan sebab dah luahkan apa yg terbuku dalam hati ni. *ciwah

Maaf kalau ada yg argue pendapat ILA pasal anak tengah tu. ILA tak pro, dan kalau salah ILA terima nasihat, bukan orang marah marah lepastu bash. Harap faham.

Labels:




Posted by :

Post a Comment