STATUS
TOING TOING SELAMAT DATANG AWAK ! ;)
Newer ENTRY ABOUT FRIENDS STUFFIE FACEBOOK TWITTER FOLLOW DASHBOARD Older
L to the U to the L to the U to the S
Wednesday, January 13, 2016 - 0 SAID SOMETHING


Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh geng.
Semoga pembaca setia *kalau ade* berada dalam keadaan sihat sejahtera di samping keluarga yg tercinta. Fuh skema!

Alright, by referring to the post title *sila tgk head post* anda mesti wondering wtf apa yang lulus? Apa pulak masalah budak ni tak gheti nak straight to the point?

Well.. Alhamdulillah syukur kepada Allah hari ni ILA telah lulus dalam ujian komputer undang-undang lesen memandu. I know you guys, mesti cakap dude tu baru ujian komputer bukannya QTI or test JPJ or whatsoever. Kepada mereka yg terdetik benda benda alah ni dalam kepala otak tu *meh sini ILA nak cakap sikit. For me, perkara ni merupakan big step untuk menginjak ke arah dewasa. Ya, ILA tahu benda ni macam tak logik kut, I mean kalau kau tamat persekolahan tu pun dah kira kau ke arah kedewasaan. For me, its not actually. Tapi ILA takdelah nak bincang banyak hal ni, ILA tak kisah lah apa org nak kata, kata je lah. ILA tahu mulut org ni kita tak boleh nak tutup.

So, takyah nak dalam sangat topik tu. Meh nak story sikit. Peh bila dapat je tahu yang hari ni ada ujian komputer tu, study gegila. Buku panduan tu melekat kat tangan ni, mcm zaman dolu dolu *zaman UPSR PMR SPM* tu. Malam sebelum hari yg ditunggu tu kemain study nya, tapi since lama tak menggunakan otak ni for menghafal, kepala sakit pulak malam tu, DUGAAN sampai terpaksa tidur awal nak regain energy untuk jawab test. Sebelum tidur, siap cakap dgn ibu. "Ibu, nanti esok kejut awal sikit nak study lagi ni" ibu pun iyakan aja almaklumlah nak study. Bangga lah tu kut sbb nampak anak perempuan gojesh dia ni berusaha bersungguh sungguh ihiks *okay merepek, maaf. Malam tu kepala ni berdenyut sgt, ILA terpaksa bubuh minyak angin bagi reda sikit, siap tidur meniarap kononya nak bagi darah jalan kat otak, part ni rasa tak logik tapi bila buat macam tu ILA dapat tidur. OK PELIK.
Image result for move on word

MOVE ON
Pagi esoknya, ibu kejutkan ILA pukul 5.15 pg. Bangun pagi nasib baik pening kepala hilang dah, dapat lah topap mana ilmu tak cukup, basuh muka terus buka buku. SETADI. Lepas ibu dgn kakak ILA dah pergi kerja, kena siap siap dah sbb uncle tu janji pickup dalam pukul 8.30 pg. Dah siap siap tu, baca lagi tahu tak punyalah nebes! Waktu tu lah pulak, tekak loya rasa nak muntah, kaki shaking, perut rasa senak je. Lahai tu belum pergi lagi, baru kat rumah kut? Dah rasa centu, pi siap amik paracetamol takut jadi pape jadi pulak nnti kalau dah sampai kat pusat tu. Dalam 8.45 pg, uncle tu dah pickup and dia ambil lagi 3 pelajar terus ke pusat ambil ujian tu.

Sampai je sana, uncle tu mintak sesiap RM10 yuran daftar with MyKad and kami kena tunggu sekejap for uncle tu tuk daftarkan nama kami. Then after 10 mins, uncle tu dtg bawak kertas nombor for each of us, " Nah ni nombor korang, bila nombor ni panggil pergi kaunter satu serahkan nombor then tangkap gambar," "After korang dah habis buat ujian, korang call acik nanti acik pickup korang," kami pun okay sajalah tak terkeluar perkataan sebab nebes betui kuikuikui. So nombor dekat kaunter adalah 43, nombor di tangan adalah 90. Dalam hati, "sempat lagi nih nak belek apa yg patut" hahahaha ok waktu tu ILA admit tak belajo pun, gossip dgn geng bertiga tu. Nak study, perut rasa lain macam nak terkeluar je isi perut tu so kami decide to gossip je. Tuptup, banyak cerita boleh pulak tak perasan masa berlalu cepat, tahu tahu nombor 90 terpacul je kat kaunter tu ha. ILA bangun terus ke kaunter, dia ambil kertas nombor tu, pastu dia amik cop jari then kena isi borang. Dia bagi MyKad kita and "komputer awak nombor 2, pastikan beg letak dekat almari dan selamat menjawab"
Kaki pun mula melangkah ke pintu bilik ujian, bukak pintu tgk semua pelajar tekun menjawab kat komputer masing². ILA terus letak beg and cari komputer nombor 2. Isi nombor MyKad pilih warganegara and klik TERUSKAN. Bermulalah sesi menjawab. Ya Allah waktu tu hanya Allah yang tahu! Soalan dia yg berjumlah 50 tu ada lah dalam 12 soalan ILA taktahu. Berpeluh peluh pegang mouse. Masa diberi 40mins je mana tak cuak. Tarik nafas dalam² - waktu tu ILA fikir ILA KENA BERTENANG DAN CUBA PILIH JAWAPAN YANG RASIONAL. Waktu menjawab, ILA banyak pick jawapan yg selamat kut tak ingat sgt soalannya. Dalam 20mins dah siap, tapi tangan ni takmahu klik 'Tamat SESI'. Masa lebih tu ILA scroll je balik semua soalan², pilih mana yg dirasakan betul. Fikir dalam dalam, sebab takut kalau bila dah tamat terkeluar pulak TEST FAILED. Dah check tu, kali ketiga ILA ulang balik jawab soalan tu, ILA siap kira pakai jari ade lah dalam 8 soalan je tinggal tak sure, tak pasti. Dalam otak dah bajet, kalau 8 salah inshaAllah dapat 42 tu dah kira lulus dah. Dengan berat hati, jari klik pada button STOP dan muncul lah UJIAN TAMAT. Bawah tu pulak ade button " KEPUTUSAN" tangan ni gatal nak pi check sbb tak sabar, alhamdulillah markah 49/50. Dalam hati dah berjoget joget dah. Keluar bilik, tersenyum aja uolls. Tapi wondering lah, apa lah agaknya soalan satu yang ILA salah jawab tu ek..

Image result for happy word

So, keputusan pun dah print. Lepas keluar bilik, kena serahkan MyKad kat kaunter untuk dia ambil semula cap jari kita and dekat kaunter dia serahkan keputusan. Lepas keempat empat geng lulus, apa lagi sempat pi minum air kat kedai depan tu ha sementara tunggu uncle tu. Dalam 1 jam borak, uncle tu sampai dia terus amik result kami and serahkan balik pada kaunter, "uncle terus buat lesen latihan memandu je lah eh takyah tangguh tangguh dah" dia cakap "latihan dah boleh start minggu depan, inshaAllah"

So, yey inshaAllah dah boleh pegang stereng minggu depan. Doakan ILA ye. ILA kalau boleh nak cepat dapatkan lesen ni senang nak cari kerja utk simpan duit sikit sebelum sambung belajar. Atleast kalau dapat masuk U nanti takde lah 100% duit parents right? *Aamiinn mudah mudahan dapat masuk U* ILa terfikir jugak, kalau jadi pelajar U nanti, ok tak kalau buat bisnes nak cari duit lebih for belanja U nanti. Tengoklah dlu, this matter mmg perlukan pandangan ibu abah sbb mereka mesti tahu mana yg terbaik buat anaknya kan?

Maaflah kalau korang rasa post ni takde function pun nak baca, as ILA pernah taip dlu, blog ni pun ILA create for future ME to baca back pada masa hadapan sambil mengingat peristiwa² dulu. Sorry bagi yg rasa blog ni merepek.

ILA undur diri dulu.
Assalamualaikum.
Sekian. 

Labels:




Posted by :

Post a Comment