STATUS
TOING TOING SELAMAT DATANG AWAK ! ;)
Newer ENTRY ABOUT FRIENDS STUFFIE FACEBOOK TWITTER FOLLOW DASHBOARD Older
Ear oh ear
Tuesday, January 26, 2016 - 0 SAID SOMETHING

Hi geng.
Assalamualaikum warrahmatullah hiwabarakatuh.

Anda anda semua sihat?
ILA alhamdulillah masih lagi sihat walafiat dan masih lagi dipanjangkan umur oleh Yang Maha Berkuasa.

Memandangkan dah lewat malam dan mata ni masih lagi degil, ILA decide nak posting je lah. Mata ni takmo lelap bukan apa tapi tgh mengalami pain yg disebabkan 'cuti istimewa perempuan'. Fefaham jelah ye.

SO

Minggu lepas tak ingatlah hari apa tarikh apa, bermulalah satu chapter. Apa dia? Hari tu ILA bangun bangun je dari tidur, ALAMAK telinga kanan rasa lain macam, rasa macam tersumbat. Satu jenis bunyi pun tak dengar. Wahduh. Otak ni pun terus cari punca. Setahu ILA takde pulak minggu tu berenang ke apa ke. ILA waktu tu biarkan aja. Ingatkan "ala biasalah, maybe sebab malam tu sejuk so tersumbat. nanti okaylah tu" Itulah yang ILA dok putar je dalam kepala sebab nak sedapkan hati ni.

Tunggu punya tunggu. Dah dekat nak seminggu telinga kanan buat hal. Habis semua kerja terbengkalai, ILA pun dah pening dah. Dahlah ILA ni jenis person yang bercakap dengan phone mesti kat telinga kanan. Bila dah jadi macam ni terpaksa lah tukar habit, guna telinga kiri. Kakak ILA pun penat dah dengar ILA cakap, dia kata ILA cakap slow sangat - tak dengar. Bukan apa, siapa yang pernah rasa telinga tersumbat ni mesti tahu yang bila telinga kita tersumbat, kita tak boleh nak agak macam mana volume suara kita. Nak lontar suara kang, takut orang cakap kita jerit kat depa. Lagi satu, bila terlinga tersumbat ni kan, mesti kepala rasa pening pastu keseimbangan badan tu macam biul sikit - rasa berat sebelah.


Image result for why?! word
why? why? why telinga masih tak dengar?


Bila dah seminggu tak jugak elok, ha terus pakai khidmat PAKCIK GOOGLE, cari maklumat pasal telinga tersumbat ni. HA! Bersepah info keluar. First masalah yang popular adalah telinga tersumbat ni adalah disebabkan 'earwax' yang keras. Tambah-tambah pulak, cuaca panas yang melanda Malaysia awal tahun ni kemungkinan besar punca 'earwax' kita kering dan mengeras. ILA pun sebenarnya rasa telinga ILA ni tersumbat sebab 'earwax' block saluran telinga tu. ILA gunakan kaedah cottonbud masa tu. Tak jugak lega telinga ni, rasa macam lagi tak dengar. 

Sekali lagi, ILA google pasal telinga tersumbat ni. Then, at the age of 18 (unofficial lagi) ILA baru tahu yang kita sebenarnya tak boleh korek telinga guna cottonbud sebab bila kita guna cottonbud, 'earwax' tu akan masuk lagi kedalam seolah olah kita tolak dia. Kita jugak tak boleh guna yang pengorek telinga besi tu sebab bahaya boleh cederakan telinga kita.

So, ILA conclude kat sini maybe ILA dah pushed 'earwax' tu makin ke dalam - thats why makin tak dengar. ILA pun ada terjumpa cara nak lembutkan 'earwax' yang dah keras tu. Caranya gunakan baby oil *uolls boleh google teknik dia* -  but this teknik not works for ILA. Maybe ILA salah buat agaknya? Entahlah. Bila cara tu pun tak berkesan, ILA decided pergi jelah farmasi beli ubat cairkan 'earwax'. Terbanglah duit ku RM18.00. HAHAHAHAHA. Mungkin ada yang lagi murah kut, tapi ILA jumpa yang RM18 ni je. CERUMOL EAR DROPS ni. "Mintak mintaklah berkesan," dalam hati berdoa.
Image result for cerumol
Image result for cerumol


ILA sebenarnya tanak pergi klinik ENT sebab ILA sejak azali takut doktor - semua jenis doktor actually, i wonder why hmm.

Tapi, waktu tu dah fikir dah, " kalau ni tak berkesan terpaksalah jumpa doktor," Jadi malam tu ILA bubuh ubat ni ikut cara yang stated kat kertas dalam box tu and hoping keesokkan harinya dapatlah balik nikmat mendengar tu. Pergh, waktu titiskan ubat tu telinga ni gatal rasanya lepastu bunyi pop pop dalam telinga macam saluran udara telinga terbuka. Keesokan paginya, bangun tidur tak perasan lagi telinga ni dah dengar belum. Waktu tengah kunyah makanan pagi tu, telinga ni bunyi pop pop tiga kali. AKHIRNYA ! Alhamdulillah syukur yang amat sangat sangat. Setelah dua minggu, hilang nikmat dengar telinga kanan ni, akhirnyas dapat dengar balik. Rasa nak melompat lompat aje!

Waktu dah fikir dah, susah kan bila Allah tarik nikmat telinga ni. Baru je dua minggu tak dengar dah susah hati, bayangkanlah orang yang sejak azali tak merasa kenikmatan mendengar. MashaALLAH, waktu tu ILA bersyukur sangat sangat sangat sebab ILA dilahirkan cukup sifat. 

ALHAMDULILLAH.

 Jadi awak semua, jagalah telinga tu elok elok ye. Jangan abaikan. Memang susah hati bila kita tiba tiba tak dapat mendengar. Memang tak boleh duduk, jari tangan ni asyik nak mengorek je sebab tak puas hati. Nanti korang gunakanlah khidmat google ye, cari macam mana cara nak bersihkan telinga yang betu;. Semestinya, bukanlah dengan bantuan cottonbud or the thing macampengorek telinga tu jenis besi. MEMANG BAHAYA! Yang ada habit - selalu korek telinga selepas mandi guna cottonbud tu kalau boleh ubahlah ye. Korang taip je kat google cara nak bersihkan telinga yang betul. Mesti ada punya. Sekarang kan semuanya kat hujung jari comel kiut miut kita. *eh terlebih pulak
MORAL OF THE STORY.
 Jangan jadi macam ILA ni - takut jumpa doktor. Korang kalau sakit tu cepat cepatlah jumpa doktor ye, sebab doktor tu memang tugas dia untuk membantu merawat penyakit. Janganlah awak tu dah sakit, tapi dok diam je takut kalau kalau sakit awak makin melarat. InshaALLAH doktor tahu macam mana nak bantu awak tu. Jangan degil jumpa doktor ye. hehe

And korang, Apa apa info berkenaan ILA baca dari google tu, sebenarnya banyak link dia tapi semua ILA tak bookmark jadi tak boleh nak tulis sumbernya dari mana. Kalau korang ragu ragu benar atau tidak info tu - korang boleh google sendiri. Confirm, berterabur info info berguna tu.
Akhir kata, ILA undur diri dulu ye. Maaf kalau ada salah silap atau ade yang terasa dgn post ni. ILA ni cuma manusia biasa yang tak lepas dari membuat kesilapan. *ciwah

BYE BYE !

Labels:




Posted by :

Post a Comment