STATUS
TOING TOING SELAMAT DATANG AWAK ! ;)
Newer ENTRY ABOUT FRIENDS STUFFIE FACEBOOK TWITTER FOLLOW DASHBOARD Older
Result :)
Friday, December 20, 2013 - 2 SAID SOMETHING



Assalamualaikum korangg ..

Hehe apa khabarin semua nya ? *indon pulak haha

Ohhh 19 disember 2013 hari yg ditunggu tunggu ila . Result pmr guyss .. i know cerita ni macam dah basi hehe but takpe belum terlambat untuk ila menaip di sini di blog ila tentang result ila .
So . Alhamdulillah ila berjaya memperoleh 6A 2B . Terima kasih Ya Allah di atas pemberian Mu. Walaupun tak mencapai target 8A yg diidamkan, ila dah cukup happy dgn result ila ni. Sesungguhnya ila rasa apa yang ila usahakan memberi pulangan yang baik :)

Meh story sikit. Pagi 18.12.2013 sehari sblum hari BESAR .uihhh cuak gila ila. Makan tak lalu , mandi tak basah . Hahaha gitu lah gamak eh. Punya lah takut asyik terbayang bayang je helaian kertas keputusan tuh . Tambah tambah ila pernah termimpi yg lembaran kertas yg diterima tidak tercatat sebarang angka A pun. Ya Allah bertapa cuaknya bila tersedar drpd mimpi tuh. Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui. Pada ketika tu, ila hanya boleh berdoa meminta agar mimpi itu tidak menjadi kenyataan. Walaupun orang kata, mimpi itu hanya permainan tidur, bila termimpikan mcm tu cukup membuatkan ila cuak sangat sangat.
Hehe.

Tibalah hari BESAR tu - 19.12.2013 . *gelabah  Ila sampai kat sekolah dlm pukul 9.30 macam tu lah. Sibuk kawan kawan ila kata result keluar pukul 10 so datang lah awal for preparation luar dan dalaman nak ambil result kan. Hehe. So. Pagi tu ila pergi dgn mak ila n adik ila. Sampai aje terus pergi koperasi beli buku sikit then terus pergi kantin peluk kawan semua. Hehe borak punya borak . Jam pukul 10 tik tok tik tok dah sampai waktu nya. Hwahhh takut gila time tu ! Okayy actually ila mengelat sikit sbb tak sabar punya pasal ila buat yg mesej tu nak tahu result ila terlebih dahulu.
Lepastu, Ya Allah hanya Allah je yang tahu masa menunggu mesej balas tu ish menyeksakan. Basah baju ila dgn keringat. Berpeluhpeluh  menunggu. Sambil tunggu tu borak borak dgn ibu ila dlu.

"Tingg!"
Mesej masuk . Alamak takut nya. Ila pun tak sabar gelojoh membuka eh. Then , alhamdulillah tertera di situ 6A 2B. Bersyukur nya ila pada waktu itu. Dapat je mesej tu ila terus bgtau ibu. Nampaknya ibu bangga dgn ila. Syukur Ya Allah.
Then at dewan nama ila di sebut sbg penerima pmr 6A 2B . Hehe *bangga jap
Kat sekolah dia sebut dulu 6A pastu 7A pastu 8A annd last sekali 9A for Kelas Aliran Agama.

Eh nak tambah lagi . Ila pun actually tumpang gembira dengan kawan baik ila dia dapat 8A. Hehe suka betul diaa..  Rezeki dia kan. Hehe then ila terus balik lepas snap gambar semua dgn kawan ila sebab malas nak stay lama lama sebab panas. Hehe
Begitulah pengalaman ila. Alhamdulillah dapat jugak ila naik pentas. Masa dulu time UPSR ila tak dapat nak ambil result drpd guru besar kat atas pentas sebab waktu tu result ila hanyalah 4A 1B *tapi tetap bersyukur time tu . Bila result 4A tak dapatlah naik pentas time tu sbb yg 5A je dapat. Biasalah sekolah rendah . Heee   :)

Sampai di sini je lah ila coret korangg... 

Terima kasihhhhhh   :D

Psst.. ada kawan ila tu dapat 5A dapat hadiah galaxy tab 3 and yg dapat 4A dpt hadiah iphone 5 guys. Lagi satu ada yg dpt 6A mcm ila pun dah dpt seutas jam tangan branded aww.. takpelah rezeki dorang kann.... think positive ila :)

Nota kaki :: eh lupa nak cakap pengetua sekolah ila bagi rm10 pd yg dapat 6A yeayyy dapat reward. Cehh walaupun nilainya sedikit besar maknanya ..


Labels:




Posted by :

Blogger Violet Emerald said...

Untung laarhh.. Congrats!

 
Blogger miss'ILA said...

Alhamdulillah.. thanks yoww ~

 

Post a Comment