STATUS
TOING TOING SELAMAT DATANG AWAK ! ;)
Newer ENTRY ABOUT FRIENDS STUFFIE FACEBOOK TWITTER FOLLOW DASHBOARD Older
Ragam manusia
Wednesday, December 25, 2013 - 2 SAID SOMETHING
* Woo bin cute , sumpah melting

ANNYEONG !!

So, nampaknya tinggal beberapa hari je lagi kan nak melangkah ke era tahun 2014 ? Boleh bilang pakai jari lagi berapa hari nak masuk sekolah, heee.. Memasing gelabah sebab lepas ni mulalah lah balik rutin baru. Ila pun genaplah 16 tahun bila masuk bulan Februari nanti .. hee .. 

Okeh korang semua dah prepare barang sekolah semua ? BEG ? KASUT ? BAJU ? PENCIL BOX ? 
ALAT TULIS ? *kalau boleh semua nak pakai baru kan. hahahah . guess what ? ila satu hapak pun tak beli lagiii .. Al maklum lah parents busy je memanjangg kojo eh cari rezeki * takpe ila tak salah kan dorang tu semua untuk masa depan ila jugak. 

So itu hanyalah topik warm up , hahaha ade pula topik warm up ? Bantai aje lah .




So, ila tergerak nak menaip apabila terbaca satu blog ni mengenai ragam manusia . Sebenarnya memang betul dalam dunia ni memang banyak type ragam manusia. 

Manusia zaman sekarang ni macam macam ragam ada. Ila setuju dgn tu. Hampir semua orang lebih suka memandang terhadap  luaran seseorang.. Dorang sekarang  tidak lagi memandang hati dan keikhlasan. Zaman sekarang ? Nampak aje muka teruk , terus yang lain label dia yang muka macam tongkang pecah ni orang jahat. Korang macam mana lah boleh melabelkan sesorang itu sebegitu mudah seperti belajar ABC?  Mana korang tahu dia tu jahat entah entah dia tu mangsa dera ke pernah accident ke?  Hanya Allah sahaja yang Mengetahui. Dan kalau nampak yang lawa lawa baik baik terus label baik. Okeh kenyataan ini memang ila takleh sangkal sebab memang sepatutnya kita mesti bersangka baik. Tapi kadang kadang muka je nampak baik , dalam siapa yang tahu ?  So. Jangan cepat sangat menilai orang lain dengan hanya melihat luaran sahaja korang . Itu baru luaran seseorang.. Dalaman dia orang kita tak tahu lagi.. Tolonglah jangan menilai seseorang berdasarkan rupa, harta, penampilan and so on..

Next situasi, sekarang ila perhatikan sekarang ni perempuan perempuan kat luar sana dah tak ada perasaan malu lagi dah.. Okay bukan semuanya macam tu.. Diulang bukannya semua tapi majoriti nya memang macam tu.. Ini hanya pendapat ila sahajalah. Ila tengok baju makin lama makin singkat makin ketat makin ikut shape body.. Nak tunjuk kat siapa tu kak ? Kesian.. Tak cukup duit nak beli kain ke kak? Yang itu susah nak dibendung sebab terlampau banyak kedai yg jual baju fesyen tak cukup kain.. Actually, tak salah kalau nak berfesyen ni tapi biar besar sikit, longgar dan labuh .. Sebagai contoh , baju tu kalau tak berlengan, pakailah inner takpun cardigan or jacket sekarang macam macam ada. Lelaki yang baik tak pandang tu semua dorang hanya pandang keikhlasan sahaja.

Okay itu baru pakaian. Dari segi perangainya pulak.. Ya Allah!! Perempuan sekarang act tanpa segan silu tergedik sana sini,  Tolong jangan jadi 'murah'. Apa yang awak kejarkan? Lelaki? Lelaki hidung belang macam mana pun menyampah tau.. Kalau nak tahu, lelaki yg dikategorikan 'buaya darat' ni semua layan perempuan yg macam tu sekadar suka suka sahaja.

Bagi kaum ADAM pula janganlah asyik nak buat bunyi tikus.. Kami kaum wanita ni bukannya tikus..Ingat tuh. Tanam dalam otak elok elok . 

Sekarang memang susah nak cari kawan yg ikhlas berkawan dengan kita sekarang ni.. Kebanyakkan suka sangat jadi kuih talam (maksud ila talam dua muka lah)
Depan kita baik aje.. Belakang mengumpat tak habis habis mejaja cerita orangg. Trust me ila pernah kena macam ni.. Untunglah ila reti baca air muka orang lain. Ila boleh nampak ketidaksenangan dia tu. So. ila dah faham isi hati orang spesis mcm ni.
Tapi nak buat macam mana.. Kita tak boleh paksa semua orang untuk suka dengan kita.. 
Ade satu lagi situasi - ada pulak kawan yg suka sangat mengambil kesempatan di atas kebaikan seseorang..
Adoii tak tahulah ila nak cakap apa kalau ada yg spesis macam ni * ada kot ?!.
Itu lah antara antara sikap negatif yang perlu korang hindari termasuk ila sekali. Kalau boleh tu, tu tolong lah berubah ke arah yang lebih baik. Slow slow kata orang. Ila percaya semua orang layak mendapat peluang kedua..




Sampai di sini aje lah coretan ila. Tu semua hanya pendapat. Kalau ada yg terguris ila minta maaf. Ila hanya manusia biasa .. 
Itu semua PENDAPAT ila. Jangan ada pulak yg bash ila tetiba k LOL  -,-

Labels:




Posted by :

Blogger Hidayah Suhailee said...

"Bagi kaum ADAM pula janganlah asyik nak buat bunyi tikus.. Kami kaum wanita ni bukannya tikus..Ingat tuh. Tanam dalam otak elok elok " <---
wah.. ayat ni yaya suka.. bahaha

 
Blogger Encik Skema said...

sama la , satu benda pun tak beli lagi ,,

 

Post a Comment