STATUS
TOING TOING SELAMAT DATANG AWAK ! ;)
Newer ENTRY ABOUT FRIENDS STUFFIE FACEBOOK TWITTER FOLLOW DASHBOARD Older
Story 2013
Saturday, November 30, 2013 - 0 SAID SOMETHING

hai ~ hai ~ hai ~


wokeh nampaknya hari ni sudahpun bertarikh ... 
JENG .. JENG .. JENG ...
1 DECEMBER 2013
lalalala ~

bulan ni bulan terakhir bagi tahun 2013

nampak nya kita sudahpun menghampiri tahun 2014. dah ada bau 2014 dah korang ? *pst.. ada bau ke?
Hehe. banyak yang berlaku dalam tahun 2013 bagi ila sendiri. ada gembira nya, ada huru-hara nyaa, ada sedihnya, ada gemuruhnya since tahun ni kan ila bergelar PMR VICTIMS. * wohh tarikh result semakin menghampiri

meh ila nak story sedikit apa yang terjadi sepanjang tahun 2013 ni.


ila ini sebenarnya merupakan salah satu murid Kelas Rancangan Khas, kepada sesiapa yang tak tahu apa itu KRK ? meh ila bagitau meh ..


Kelas Rancangan Khas ini adalah salah satu daripada program Kementerian Pelajaran Malaysia tau. KRK ini dibuat sebagai salah satu inisiatif untuk para pelajar yang mendapat 5A atau 4A dalam peperiksaan UPSR tetapi tidak mendapat tawaran ke Sekolah Berasrama Penuh.

since form 1 lagi ila bergelar pelajar KRK. menjadi pelajar KRK ni susah sebenarnya. ramai yang iri hati dengan kami. Kami pelajar KRK di katakan sombong kerana telah konon - konon nya belajar di dalam kelas pandai. ramai mata-mata tidak berpuas hati dengan kami pelajar KRK.

pada tahun ini, bonda kami iaitu Penyelaras KRK memilih untuk melanjutkan pelajaran jika berkesempatan pada tahun 2014, InsyaAllah *besar impian bonda kami

akhirnya permohonan belajar nya diluluskan. so, tahun ini merupakan tahun akhir bagi beliau menguruskan kami anak- anak KRK, perancangan majlis makan beramai-ramai telahpun dirancang sebagai majlis terakhir nya bersama kami anak KRK. sebenarnya majlis ni telah menjadi tradisi lagi. setiap akhir tahun bonda kami mengadakan majlis akhir tahun. walaupun tidak se gah mana hanya makan bersama-sama yang penting niat melakukan majlis hanya mencipta kenangan dalam kalangan pelajar KRK. bonda kami memang mendidik kami merancang majlis makan sendiri sebagaimana yang kami mahu lakukan.

memang sudah menjadi adat batch form 3 akan merancang majlis setelah selesainya PMR. tahun ni tibalah masa ila dan kawan-kawan merancang majlis makan kami sendiri. itu merupakan hajat bonda terakhir sebelum melanjutkan pelajaran.

batch ila melakukan sebaik mungkin dalam merancang majlis terakhir kami bersama bonda. tetapi banyak halangan. ila kecewa kerana batch tahun lepas #BatchPMR97 seolah-olah tidak memberi kerjasama. jangan kata form 3 tahun lepas je form 1 dengan form 2 sama sahaja masalahnya. diaorang tak nak ke menghadiri majlis tu. Ya Allah, come on guys! ini majlis terakhir kita bersama bonda.

ila taktau nak cakap apa lagi dengan dorang. dengan sikap #BatchPMR97 yang tidak memberi kerjasama and bila ila n kawan ila beritahu pada bonda barulah mereka terhegeh - hegeh dekat bonda , kata mereka " eh kami tak tahu pun teacher nak buat majlis. form 3 tak official jemput kitaorang pun. "
wahai kakak  #BatchPMR97, sudahkah akak lupa tahun lepas akak menjemput kami ke majlis kakak dekat FACEBOOK aje akak oi.. tapi, kami tetap pergi.
 SUPPORT majlis akak.
yang pasal form 1 and 2 tuh ila malas nak sentuh. buat sakit hati aje.
so apa - apa pun ila hanya berdoa yang terbaik hope-hope majlis tu akan jadi majlis terbaik.
oh majlis tuh lupa lak nak bagitahu. majlis tu nanti di buat pada tarikh 11-12-13. hehe cantikkan date tuh? penat booking . hehe eh tarikh tu majlis kahwin Rozita Che Wan dan Zain kan ??
hehe ok bye korang. 
sampai di sini sahaja.
WASSALAM


Labels:




Posted by :

Post a Comment