STATUS
TOING TOING SELAMAT DATANG AWAK ! ;)
Newer ENTRY ABOUT FRIENDS STUFFIE FACEBOOK TWITTER FOLLOW DASHBOARD Older
Assalamualaikum...
Tuesday, November 29, 2011 - 0 SAID SOMETHING
heyy u guys! tujuan aku tulis post nie adalah untukk mengajakk sume org p tgk filem terbaru yg d adaptasikn drpd sebuah novel yg berjudul 'Ombak Rindu'.. aku ade novell die tauu.. best giler citer die.. meh sini aku kongsi sipnosisnyerr, fuhh *meniup (jeng...jeng...jeng)

Filem Ombak Rindu hasil karya novelis Fauziah Ashaari, Izzah, gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Isteri Taha cukup tidak senang dengan kehadiran Izzah dan menuduh Izzah membawa bala dalam keluarga mereka.

Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam. Izzah terpaksa mengikut kehendak ayah saudaranya walaupun hatinya meronta.

Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz. Hariz sanggup 'membeli' Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.

Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan.
Kehadiran Mila Amylia, anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz. Apakah mereka bermadu?

Filem arahan Osman Ali ini menampilkan pelakon kacak Aaron Aziz sebagai Hariz manakala, Lisa Surihani (Mila). Turut berlakon Maya Karin dan Julia Ziegler.

Labels:




Posted by :

Post a Comment